Sunday, 30 May 2010

BADMINTON : laporan pasukan LUMAYAN vs PGA Bt 9 Cheras





Sekitar perlawanan persahabatan dengan pihak PGA (Pasukan Gerakan Am) bertempat di kem PGA Cheras. Venue yang boleh dikatakan baik dengan kemudahan dewan 3 court. Disusuli dengan keramahan warga PGA pada malam tersebut menjadikan friendly match ini mencapai matlamat asal, yakni bersosial dengan baik melalui sukan badminton untuk kesihatan. Dengan menggunakan format permainan 7 regu, pasukan Lumayan kalah tipis 3 dengan PGA menang 4. Berakna pasukan Lumayan 3 regu menang/4 regu kalah sementara dari pasukan PGA, 4 regu menang/3 regu kalah. Namun begitu persaingan sengit dapat dilihat hampir semua perlawanan membawa kepada perlawanan rubber-game. Turut sama memeriahkan suasana di kem PGA Cheras ialah di mana semua pemain disajikan dengan juadah jamuan ringan. Sekalung penghargaan dan terima kasih kami buat rakan-rakan pemain dari kem PGA cheras di atas satu penganjuran friendly match badminton yang cemerlang. Sehingga kita dapat diketemukan lagi selepas ini dalam siri kejohanan persahabatan di masa akan datang. tahniah juga kepada pasukan Lumayan yang rasanya sekarang sudah upgrade ranking dan skill kepada division yang lebih baik dari sebelum ini. Sekian, t/kasih.

Saturday, 29 May 2010

Pemegang callsign radio UHF-FRS Lumayan Apt.



PEMEGANG CALL-SIGN RADIO LUMAYAN APT.
___________________________________________________________________
Batalion Alpha
1.Azhari - alpha 619
2.TokMoh - alpha 57
3.Shafie - alpha 520
4.Zaki - alpha 103
5.Yon - alpha 41
6.Din Kedah - alpha 96
7.Azizan - alpha 415
Batalion Bravo
8.Hamri - bravo 816
9.Yazid - bravo 1410
10.Nizam Hotel - bravo 510
Guard House entrence - POS PENGAWAL
Pejabat Pengurusan Lumayan APT. (waktu operasi) - PEJABAT MANAGEMENT

TIPS :
  1. Berbudi bahasa bila ke udara semasa calling atau receive melalui frekuensi radio
  2. Sentiasa positif jika individu yg dipanggil tidak dpt menjawab panggilan semasa calling
  3. Senantiasa memberikan maklumat yg perlu utk sebarang perkara yg wajar dimaklumkan
  4. Apabila sudah mempunyai callsign, rajin2 lah ke udara bersama rakan2/jiran2 yg lain ut berkongsi maklumat yg baik di Lumayan Apt.
  5. Bertanya kpd yg lebih arif jika hadapi masalah dengan unit radio walkie-talkie masing2.
  6. Saling hormat-menghormati disamping memberi idea utk menyelesaikan masalah, dan bukannya hanya pandai memberikan masalah mahupun menambah lagi masalah.
  7. Berganding bahu bersama-sama sentiasa membantu utk memantau persekitaran kawasan pangsapuri dengan menyampaikan maklumat kpd Pos Pengawal atau Pejabat Pengurusan untuk tindakan susulan.

Wednesday, 26 May 2010

Temporary NOTICE : Blok A, NO WATER supply today !

Hari ini tanggal 27 MAY 2010, Khamis. Kebetulan ADMIN masih dalam medical period, so pepagi ni bangun dan bersiap untuk keluar carik barang-barang dapur sedikit. dalam jam 10.30 pagi lebih kurang macam tu, pabila buka paip, tak ada air. Jadi alternatifnya mandi-manda lah dengan bekalan simpanan yang sedia ada sahaja di rumah. Cukup lah untuk membersih dan mencuci diri untuk melawa. So, bila turun ke bawah, terpampang NOTIS yang ada kerja-kerja pembaikian paip agihan air dilakukan di tingkat 10 blok A, khabarnya. Jadi harap bersabar, pada yang menginap dan bermastautin di Blok A Lumayan Apt. insyaAllah petang ni sambungan dapat berjalan seperti sediakala. Maklumlah, air merupakan keperluan asas, jadi jika terganggu bekalan, ianya amat merumitkan bagi kita yang tinggal di rumah bertinggat seperti ini. Tambahan pula kepada yang ramai bilangan ahli keluarga. Jadi alah bisa, tegal biasa.
* moralnya, kadangkala kita kena fikirkan, alternatif tempat simpanan bekalan air di rumah bila berlakunya gangguan bekalan air seperti ini. Jadi jika pengurusan dapat memainkan peranan yg baik dengan memaklumkan awal terlebih dahulu, maka penduduk yang terlibat dpt mempersiapkan sesuatu utk kegunaan masing2.

tahniah warga MALAYSIA ke FIFA worldCup 2010 : En.Subkhiddin Mohd. Salleh


Sekalung penghargaan dan tahniah dari warga Lumayan Apt. di atas pemilihan oleh FIFA bagi mengadili perlawanan piala dunia FIFA 2010 di Africa Selatan bermula Jun ini.
Pada edisi piala dunia lepas kita hanya dapat melihat gelagat warga Malaysia menjadi penjaga garisan. Hakikatnya ada peningkatan yang jelas kita boleh lihat di sini ke tahap yang lebih baik. Tidak mustahil kita dapat melihat gelagat pemain2 dari kalangan rakyat tempatan Malaysia pula di persada Piala Dunia suatu hari nanti, juga tidak mustahil edisi berikutnya....siapa tahu ?
En. Subkhiddin mohd. Salleh, seorang dari berpuluh ribu warga pendidik atau pun guru di Malaysia. Berumur 44 tahun dan ketika ini masih lagi bertugas di sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal Pulau Pinang. Dan untuk pengetahuan bersama beliau telah diiktiraf oleh FIFA dalam bidang pengadilan permainan sejak tahun 2000.
hari ini juga beliau telah berkunjung ke Kementerian Pelajaran untuk bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,bagi mendengar taklimat dan amanah serta kata-kata penghargaan sokongan dari kerajaan Malaysia. Semoga ianya menjadi suntikan sokongan moral bagi membolehkan En. Subkhiddin menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dan lancar, insyaAllah.
Dah mula dah ni demam World-Cup Africa 2010.....siapa pasukan pilihan, pasukan negara mana yg berpotensi bakal menjadi juara ? kita layan.....
*sekadar memberikan sokongan kpd En. Subkhiddin sebagai warga Malaysia. Beliau tidak menetap di Lumayan Apt. Harap maklum.

Monday, 24 May 2010

Football friendly 22MAY2010 Lumayan FC VS IMBI FC

Lumayan FC VS IMBI FC
jam 5.00pm
22 may 2010 bersamaan hari SABTU
Lokasi padang Pudu Hulu Tmn Shamelin Perkasa KLumpur

Keputusan penuh permainan adalah kalah berpihak kepada Lumayan FC dengan jaringan 2 dan kemenangan kepada IMBI FC yang telah memperoleh jaringan sebanyak 5 goal.
Mujur tak 21 macam point badminton...hahahhahahha
walau apa pun, adat sukan dan pertandingan pasti ada yg kalah dan menang.
cuma mungkin kali ni tuan manager Lumayan FC perlu membuat post-mortem bagi mencari punca2 utama kekalahan yg sering berlaku sejak akhir2 ini.
adakah mungkin perlukan latihan insentif serta intensif di Old Trafford bersama MUFC, atau ada idea2 bernas lain bagi membawa kpd kemajuan tahap prestasi Lumayan FC.
terima kasih kepada semua player yg terlibat. Maaf ADMIN tak dpt join, kerana ada beberapa urusan keluarga yang lebih mustahak perlu diuruskan. InsyaAllah ada ketikanya ADMIN pun teringin benau nak join score bersama2 Lumayan FC. Tahniah sekali lagi.

Antara player-player yang terlibat :
  • Yun Goal-Keeper
  • Wan sepupu bani Super-Striker (penyandang kasut-emas Cup)
  • Kibri R wing
  • Azizan L wing
  • Bani Mid-fielder
  • Zul EPF Mid-fielder
  • Husain lempoyang mid-fielder
  • Yammat IKM back R
  • Nizam Hotel back L
  • Din HP center back
  • Syukri back
  • Din Kedah TEAM MANAGER (injured-terguling semasa aksi motorbike drift-khanna)

kasihnya abang . . . .....

tidak terucap dengan kata-kata. Semoga kita mendapat kebaikan dan muhasabah diri dengan apa yang yang kita renungkan ini insyaAllah.

Air-Ventilation System untuk Dewan Serbaguna Lumayan Apt.



Bertemu sekali lagi untuk kita berbicara mengenai soal cadangan untuk memastikan ruang udara di dalam dewan serbaguna Lumayan Apt. dalam keadaan yang baik.
Akhir2 ini kita mendapat banyak idea dan cadangan tentang ventilation system ini.
Namun adakah kita sudah dapat sistem yang sesuai untuk kita gunakan untuk dewan tersebut.
Selain daripada aktiviti sosial penduduk, dewan yang sama turut digunakan untuk sukan riadah dan juga majlis-majlis keramaian seperti kenduri-kendara dan sebagainya.
Terdapat banyak sistem aliran angin yang berada di pasaran, namun yg penting kita perlu tahu apa keperluan kita yang sesuai untuk kita gunakan bagi memastikan kita tidak membazir dalam membuat pelaburan demi meningkatkan mutu kemudahan dari masa ke semasa. Jadi, tanggungjawab kita bersama untuk membincangkan hal ini untuk membantu pihak pengurusan membuat pilihan yang tepat suatu hari nanti.

TIPS :
  • sistem yang sesuai
  • harga yang reasonable
  • ketahanan
  • rekabentuk
  • jaminan warranty
  • selenggaraan after-sale yg efisen
  • alat ganti mudah dapat
  • material buatan / multi-purpose / heavy duty
  • kualiti pemasangan

mungkin selepas ini semua dpt berbicara dan berbincang semasa minum2 ptg atau masa2 tertentu berkenaan air-vent system ini. Semoga ianya sukses belaka dan mendapat keputusan yang bijak untuk jangkamasa yang panjang untuk kegunaan kita bersama. Juga mustahak untuk kita sama-sama menjaga dan mempastikan keadaan kebersihan dewan kita sentiasa di dalam keadaan yang cemerlang. Siapa lagi kalau bukan diri kita sendiri yang perlu lakukan sesuatu untuk tujuan ini. Tong sampah dah ada, cuma mungkin lepas ini pihak pengurusan boleh menyediakan penyapu sampah dan sebagainya untuk kegunaan penduduk untuk membersihkan dewan jika perlu.

admin

FOR SALE : 2nd MOTOROLA UHF radio walkie-talkie


MOTOROLA military spec UHF 16ch Handy-Talky
sekadar makluman bersama, mungkin ada yg berminat utk memiliki radio set yg GENUINE
dari MOTOROLA manufacturer
buat rakan2, jiran2 tetangga khususnya di Lumayan Apt. dan yang berkenaan
UTK DI JUAL RM500
retail price utk unit baru RM1600
MOTOROLA UHF RADIO UHF
tip top condition
owner well-caring
16 CHANNEL PRESET MODE
TONE/SHIFT FUNCTION
+ ORIGINAL HOUSING
+ ORIGINAL BATTERY CLIP
+ ORIGINAL BATTERY UNIT
+ ORIGINAL motorola desk-charger
sila berhubung dengan ADMIN jika berminat
t/kasih
status : SUDAH TERJUAL / SOLD ALREADY harap maklum.
jika ada unit2/set2 lain akan turut di maklumkan di blog ini.


Thursday, 20 May 2010

Crocs Warehouse Sale - 28/30MAY 2010


SHOPPING n SALE 2010
--------------------------

28 to 30 MAY 2010
Youth '10
Putra World Trade Centre - PWTC
Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
MALAYSIA

pada yang berhajat nak pakai capal buaya comel.
inilah masanya, model terbaru dan harga rendah dari retail price pasaran semasa.
untuk suami, untuk isteri, untuk anak-anak mahupun untuk kekasih gelap ku (tak ada pasal, jgn carik pasal)

tetap ada beza antara CROCS genuine dengan fake CROCS.
dapatkan yg ORIGINAL.

Tuesday, 18 May 2010

1st LUMAYAN APT. BADMINTON TOURNAMENT for 2010


MAKLUMAN KEJOHANAN BADMINTON LUMAYAN 1/2010
1st Lumayan Apt. Tournament 2010 akan diadakan pada

27 MAY 2010/ KHAMIS / bermula jam 9.00mlm / lokasi court-hall Lumayan Apt,

butiran adalah seperti berikut :

Terbuka untuk 24 pemain sahaja, dan terus mendaftar kepada pihak secretariat iaitu kepada Sdr. Khairi EPF/ Sdr. Yun / Sdr. Azhari.
FORMAT MATA 21 TANPA RUBBER-GAME

SETIAP TEAM AKAN MEMPUNYAI 1 SEEDED PLAYER DAN 3 PEMAIN UNDIAN

AKAN ADA 6 TEAM UTK KEJOHANAN INI

1st ROUND AKAN DIJALANKAN SECARA ROUND-ROBIN

JIKA TERDAPAT KEPUTUSAN SERI, KEPUTUSAN MENANG AKAN DIBUAT BERDASARKAN PUNGUTAN POINT DALAM GAME-SET PERLAWANAN TERSEBUT

HAK MENENTUKAN PASANGAN REGU UNTUK SETIAP PUSINGAN ADALAH BEBAS KEPADA SETIAP TEAM YANG BERTANDING

KEPUTUSAN PENGADIL/PENJAGA GARISAN ADALAH MUKTAMAD SEMASA PERLAWANAN BERLANGSUNG
YURAN PENDAFTARAN RM15.00
TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA 27MAY2010 JAM 10.00MLM
hadiah kepada CHAMPION dan saguhati utk tempat ke-2 shj
UNDIAN DAN PENETAPAN JADUAL PERLAWANAN AKAN DIBUAT PADA HARI RABU BERSAMAAN 26MAY2010 PD JAM 10.00MLM LOKASI DI KEDAI MAMAK LUMAYAN APT.

SEKIAN HARAP MAKLUM

"MAJULAH SUKAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN NEGARA"

Senarai 24 org. pemain yg. telah mendaftar bagi kejohanan ini akan di upditasi dari masa ke semasa, harap maklum.

ADMIN

Friendly match : 21 MAY 2010 menentang PGA Cheras


Sempena kejohanan THOMAS/UBER CUP 2010 baru-baru ini membuatkan Lumayan badminton team berkobar-kobar dan bersemangat untuk meneruskan program sukan badminton dengan pasukan-pasukan luar, walaupun MALAYSIA gagal ke final. Lantas dengan itu, sdr. Khairi telah merancang 1 pertemuan julung kali antara team Lumayan dengan pasukan Gerakan Am Cheras. Oleh yang demikian, persediaan awal telah pun berjalan sekarang ini, bermula malam tadi. Format permainan kali ini membabitkan 7 regu yang bakal dipertemukan di dalam gelanggang. Maklumat adalah seperti di bawah :

TARIKH : 21 MAY 2010
LOKASI : DEWAN PGA CHERAS
MASA : 9.00 MLM
FORMAT : MATA 21 / 7 REGU
CAGARAN : 2 TUBE SHUTTLECOCK RSL SILVER
*diharapkan agar semua pemain dan penyokong team Lumayan dapat berkumpul pada jam 8.00MLM di hadapan kedai mamak Lumayan sebelum bersama-sama gerak ke lokasi.

PEMAIN-PEMAIN
--------------------
1) Herman / Si Polan (partner)
2) Din HP / Ari panjang
3) cikgu Nizam / Firdaus superBoy
4) Azhari / Yammat IKM
5) Khairi EPF / Abg Man
6) Rohaizat LinDan / Nizam hotel
7) Zahidi EPF / Kibri

RESERVED UTAMA
---------------------
8) Alfred / Hamri DBKL
9) Yun / Shafie
10) Zul EPF / Wan MERC

BOLA SEPAK : Lumayan VS Team Luar Biasa

Bertempat di padang awam Pudu Hulu berdekatan Taman Shamelin Perkasa, satu perlawanan persahabatan telah diaturkan oleh Firdaus dan Din Kedah. Barisan pemain ranking terbaik telah dipilih dari blok A juga blok B terus diturunkan sebagai kesebelasan utama. Namun Team Luar Biasa yang terdiri daripada pemain-pemain muda dan kacak semuanya berasal dari luar negara ini, tanpa rasa segan dan silunya telah membuatkan team lumayan pulang dengan keputusan hampa beserta dukacita. Tatkala cuaca ketika itu agak panas terik memeritkan lagi kulit permainan tetap dimulakan. Atas dasar semangat kesukanan, semua pemain team Lumayan sepakat untuk menjadikan kekalahan tersebut sebagai panduan di masa akan datang. Majulah sukan bola sepak untuk Lumayan Apartment. Sorry, tak banyak gambar dapat cover untuk game ini. Ini sahaja yang dapat dari email. Jika ada gambar-gambar menarik pada perlawanan ini, terus hantarkan kepada ADMIN.

BADMINTON : friendly game LUMAYAN vs Alam Damai











Pertemuan seterusnya adalah di antara team Lumayan dengan team Alam Damai. Pasukan Alam Damai yang ramai pemainnya terdiri daripada staff TM Bukit Anggerik yang diketui oleh Sdr. Rosman. Perancangan pada malam tu bermula tepat pada jam 9.00mlm terpaksa ditangguhkan sedikit ekoran daripada keadaan cuaca hujan yang turun pada waktu itu. Diikuti dengan Sdr. Khairi terpaksa melupakan untuk beraksi pada malam tersebut kerana menjaga arwah bapa beliau pada masa itu sedang sakit semput. Al-Fatihah kepada bapa Sdr Khairi yang telah pun kembali ke Rahmatullah, semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama para anbia dan golongan mukmin yang yang lain.

Lantas, pada perlawanan ini juga 5 regu di percaturkan. Alhamdulillah semua regu Lumayan dapat bermain dengan baik di susuli pasukan Alam Damai yang mungkin belum bersedia sepenuhnya menentang pasukan kita.
Beberapa faktor telah didapati menyumbang ke arah kemenangan ini iaitu :

1) kurang tekanan
2) bertambah keyakinan ekoran daripada kemenangan bergaya regu pertama
3) tahap kecerdasan yg optimum
4) mendapat suntikan moral yg baik mungkin dari rumah
5) membuat persediaan awal 2 hari sebelum perlawanan
Keputusan penuh, pasukan Lumayan 9 point, manakala pasukan Alam amai 1 point hasil dari regu ke-3 yang mendapat keputusan seri 1-1 tanpa ada rubber game. Pasukan Alam Damai juga memasang tekad untuk kembali bertarung dengan pasukan Lumayan pada masa akan datang. Jumpa lagi untuk event dan game berikutnya.

cubaan pertama LUMAYAN TEAM vs KESB
















Kekecewaan terhadap team oll-skool Bkt Damansara dan team HARLOWS staff tidak bertahan lama kerana seterusnya, perlawanan persahabatan bersama KESB Bdr. Tun Razak yang dilangsungkan memberikan kemenangan kepada team Lumayan. Kesemua 7 regu yang diturunkan Lumayan ketika itu mempamerkan aksi bersungguh-sungguh terhadap pihak lawan. Terima kasih kepada Sdr. Khairi dan Din Kedah yang memainkan peranan sebagai negociator dengan pihak KESB. Semoga aktiviti-aktiviti sukan yang baik ini berpanjangan dan berterusan. Pemain-pemain Lumayan pun setakat ini dari hari ke hari menunjukkan prestasi yang semakin baik. Namun begitu, jika kita masih kalah kepada team tembok besar negara CHINA, ianya bermakna kita perlu belajar dan belajar lagi untuk bersaing dan mendapat kemenangan mutlak kepada pesaing. Semoga game-game persahabatan ini dapat membuka ruang untuk team Lumayan menimba pengalaman yang bagus untuk peningkatan mutu permainan masing-masing. Good Luck guys.

BOLA SEPAK : blok B merobek blok A


Selepas kekalahan FUTSAL kepada blok A sebelum ini, blok B tanpa segan silu telah merampas kembali title kemenangan daripada blok A melalui BOLA SEPAK. Punca kekalahan blok A masih menjadi tanda tanya, kerana result post-mortem ADMIN masih belum terima buat masa ini. Namun game kali ini menarik, kerana banyak aksi-aksi yang tak dapat di tunjukkan di gelanggang FUTSAL boleh di show-off kan di padang sekolah lokasi game ini berlangsung. Lokasi kali ini bertempat di padang sekolah cap kunci, jalan yacob latiff, Bandar Tun Razak. Terima kasih kepada Cikgu Nizam atas keprihatinan beliau mengelola lokasi sehingga game ini dpt di sempurnakan pada hari tersebut. Apa pun tahniah kepada player blok B di atas kejayaan kali ni. Kepada blok A, ADMIN percaya, keputusan ini hanya bersifat sementara kerana blok A memang terkenal dengan pancing-memancing game. Jadi teruskan usaha ke arah prestasi sukan kita dinaikkan ke satu tahap yang lebih maju selepas ini. OOppss... terlupa, ada beberapa penghias padang selaku 'water-girls' join dalam game ini membuatkan semua player bersemangat untuk menunjukkan kelincahan masing-masing.

BADMINTON : friendly game LUMAYAN vs HARLOWS staff










Friendly game antara Lumayan VS Harlows staff. Venue perlawanan di court multi-purpose hall Lumayan. Sebanyak 7 pair di pertandingkan. Namun full-result, Lumayan kalah tipis oleh HARLOWS staff yang berpangkalan di KLGCC, Mont Kiara. So, balance shuttle yang digunakan malam itu diserahkan kepada HARLOWS sebagai ganjaran kemenangan. Namun, jelas di sudut hati para pemain Lumayan, akan berusaha lagi selepas ini untuk menumpaskan pihak HARLOWS pada perlawanan yang seterusnya. Upacara penutup Alhamdulillah, selamat dilangsungkan dengan En Bad dari blok B wakil dari Lumayan Team menyampaikan beberapa tube shuttlecock kepada wakil HARLOWS staff iaitu En Nazri.

1st FUTSAL : Hamper kemenangan Blok A








Misi pertama dalam kejohanan FUTSAL antara Blok A menentang Blok B Apt. Lumayan. Venue perlawanan di Indoor-Futsal Salak South, Kuala Lumpur. Start game jam 9.00PM hingga 11.00PM.

Melibatkan pemain-pemain regular dan amatur blok A dan blok B. Din Kedah selaku ketua modus-operandi yang mengaturkan perlawanan ini, dianggap berjaya mengendalikan aturcara perlawanan, walaupun terdapat 'power-trip' di lokasi sewaktu kejohanan. Tapi itu semua di anggap lumrah. Sesuatu perkara itu, kadangkala susah untuk dijangka. Keputusan penuh, blok A berjaya merangkul kemenangan daripada blok B. Dan seperti biasa, sejurus selepas hamper di sampaikan, blok B terus berkias-kias memetik blok A untuk pembalasan si pitung untuk masa-masa akan datang. Walau apa pun, semua player gembira dengan event sukan sebegitu, dan semoga melalui sukan dapat merapatkan hubungan kejiranan kami semua ke satu tahap yang lebih baik untuk semua. Sori lah, ADMIN tak dapat join main, skill kaki kurang lah brader. Setakat join tengok boleh lah.TAHNIAH SEMUA.

Monday, 17 May 2010

PEMBUKA BICARA


Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum serta salam bahagia. . . . ....

Sekadar berkongsi apa yang berlaku di sekeliling kejiranan pangsapuri Lumayan, yang mungkin ada antara kita terlepas pandang atau pun tidak perasan. Namun apa yang perlu kita sama-sama fikirkan, masing-masing mempunyai alasan tersendiri dengan apa jua keputusan dan pemahaman setiap dari kita tentang sesuatu perkara itu. Sebelum apa pun, jika ada butiran selanjutnya ini terdapat kandungannya yang tidak menepati atau bertentangan pendapat, ADMIN mohon maaf. Semua yang dicoretkan di sini sekadar pandangan peribadi ADMIN mengikut rasional sesuatu perkara. Mungkin ianya secara kebetulan yang tidak disengajakan. Namun, positifnya ADMIN ingin berkongsi perkara-perkara kebaikan untuk diketahui bersama tidak kira dalam apa program dan majlis sekali pun. Justeru itu, jika ada di antara kalian yang mempunyai bahan yang hendak di kongsi di sini, ADMIN sedia menerimanya untuk tatapan bersama.

Hantarkan bahan-bahan/notis/memo/gambar ke EMAIL : pangsapurilumayan@gmail.com
dan maklumkan kepada ADMIN melalui talian mobile +6013-340 26 36
untuk dikongsikan kepada seluruh warga lumayan.

bahan-bahan tersebut, meliputi :
>program-program/majlis yang diadakan di Lumayan Apartment (bergambar)
>kegiatan sukan dan kemasyarakatan (bergambar)
>isu setempat (bergambar)
>dan lain-lain perkara wajar difikirkan baik untuk dikongsi

Followers