Monday, 24 May 2010

Air-Ventilation System untuk Dewan Serbaguna Lumayan Apt.



Bertemu sekali lagi untuk kita berbicara mengenai soal cadangan untuk memastikan ruang udara di dalam dewan serbaguna Lumayan Apt. dalam keadaan yang baik.
Akhir2 ini kita mendapat banyak idea dan cadangan tentang ventilation system ini.
Namun adakah kita sudah dapat sistem yang sesuai untuk kita gunakan untuk dewan tersebut.
Selain daripada aktiviti sosial penduduk, dewan yang sama turut digunakan untuk sukan riadah dan juga majlis-majlis keramaian seperti kenduri-kendara dan sebagainya.
Terdapat banyak sistem aliran angin yang berada di pasaran, namun yg penting kita perlu tahu apa keperluan kita yang sesuai untuk kita gunakan bagi memastikan kita tidak membazir dalam membuat pelaburan demi meningkatkan mutu kemudahan dari masa ke semasa. Jadi, tanggungjawab kita bersama untuk membincangkan hal ini untuk membantu pihak pengurusan membuat pilihan yang tepat suatu hari nanti.

TIPS :
  • sistem yang sesuai
  • harga yang reasonable
  • ketahanan
  • rekabentuk
  • jaminan warranty
  • selenggaraan after-sale yg efisen
  • alat ganti mudah dapat
  • material buatan / multi-purpose / heavy duty
  • kualiti pemasangan

mungkin selepas ini semua dpt berbicara dan berbincang semasa minum2 ptg atau masa2 tertentu berkenaan air-vent system ini. Semoga ianya sukses belaka dan mendapat keputusan yang bijak untuk jangkamasa yang panjang untuk kegunaan kita bersama. Juga mustahak untuk kita sama-sama menjaga dan mempastikan keadaan kebersihan dewan kita sentiasa di dalam keadaan yang cemerlang. Siapa lagi kalau bukan diri kita sendiri yang perlu lakukan sesuatu untuk tujuan ini. Tong sampah dah ada, cuma mungkin lepas ini pihak pengurusan boleh menyediakan penyapu sampah dan sebagainya untuk kegunaan penduduk untuk membersihkan dewan jika perlu.

admin

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers