Sunday, 30 May 2010

BADMINTON : laporan pasukan LUMAYAN vs PGA Bt 9 Cheras





Sekitar perlawanan persahabatan dengan pihak PGA (Pasukan Gerakan Am) bertempat di kem PGA Cheras. Venue yang boleh dikatakan baik dengan kemudahan dewan 3 court. Disusuli dengan keramahan warga PGA pada malam tersebut menjadikan friendly match ini mencapai matlamat asal, yakni bersosial dengan baik melalui sukan badminton untuk kesihatan. Dengan menggunakan format permainan 7 regu, pasukan Lumayan kalah tipis 3 dengan PGA menang 4. Berakna pasukan Lumayan 3 regu menang/4 regu kalah sementara dari pasukan PGA, 4 regu menang/3 regu kalah. Namun begitu persaingan sengit dapat dilihat hampir semua perlawanan membawa kepada perlawanan rubber-game. Turut sama memeriahkan suasana di kem PGA Cheras ialah di mana semua pemain disajikan dengan juadah jamuan ringan. Sekalung penghargaan dan terima kasih kami buat rakan-rakan pemain dari kem PGA cheras di atas satu penganjuran friendly match badminton yang cemerlang. Sehingga kita dapat diketemukan lagi selepas ini dalam siri kejohanan persahabatan di masa akan datang. tahniah juga kepada pasukan Lumayan yang rasanya sekarang sudah upgrade ranking dan skill kepada division yang lebih baik dari sebelum ini. Sekian, t/kasih.

Followers