Tuesday, 18 May 2010

BOLA SEPAK : Lumayan VS Team Luar Biasa

Bertempat di padang awam Pudu Hulu berdekatan Taman Shamelin Perkasa, satu perlawanan persahabatan telah diaturkan oleh Firdaus dan Din Kedah. Barisan pemain ranking terbaik telah dipilih dari blok A juga blok B terus diturunkan sebagai kesebelasan utama. Namun Team Luar Biasa yang terdiri daripada pemain-pemain muda dan kacak semuanya berasal dari luar negara ini, tanpa rasa segan dan silunya telah membuatkan team lumayan pulang dengan keputusan hampa beserta dukacita. Tatkala cuaca ketika itu agak panas terik memeritkan lagi kulit permainan tetap dimulakan. Atas dasar semangat kesukanan, semua pemain team Lumayan sepakat untuk menjadikan kekalahan tersebut sebagai panduan di masa akan datang. Majulah sukan bola sepak untuk Lumayan Apartment. Sorry, tak banyak gambar dapat cover untuk game ini. Ini sahaja yang dapat dari email. Jika ada gambar-gambar menarik pada perlawanan ini, terus hantarkan kepada ADMIN.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers