Hari ini tanggal 27 MAY 2010, Khamis. Kebetulan ADMIN masih dalam medical period, so pepagi ni bangun dan bersiap untuk keluar carik barang-barang dapur sedikit. dalam jam 10.30 pagi lebih kurang macam tu, pabila buka paip, tak ada air. Jadi alternatifnya mandi-manda lah dengan bekalan simpanan yang sedia ada sahaja di rumah. Cukup lah untuk membersih dan mencuci diri untuk melawa. So, bila turun ke bawah, terpampang NOTIS yang ada kerja-kerja pembaikian paip agihan air dilakukan di tingkat 10 blok A, khabarnya. Jadi harap bersabar, pada yang menginap dan bermastautin di Blok A Lumayan Apt. insyaAllah petang ni sambungan dapat berjalan seperti sediakala. Maklumlah, air merupakan keperluan asas, jadi jika terganggu bekalan, ianya amat merumitkan bagi kita yang tinggal di rumah bertinggat seperti ini. Tambahan pula kepada yang ramai bilangan ahli keluarga. Jadi alah bisa, tegal biasa.
* moralnya, kadangkala kita kena fikirkan, alternatif tempat simpanan bekalan air di rumah bila berlakunya gangguan bekalan air seperti ini. Jadi jika pengurusan dapat memainkan peranan yg baik dengan memaklumkan awal terlebih dahulu, maka penduduk yang terlibat dpt mempersiapkan sesuatu utk kegunaan masing2.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.