Tuesday, 1 June 2010

BADMINTON:candid camera





  1. Sdr. Yun dah sign kontrak umpire kehormat sepanjang hayat
  2. Sdr khairi disamping Ari panjang dan Tuan Zahidi (stokin YONEX baru nampak) serius menyaksikan dan menghayati aksi-aksi dari bergu Lumayan dan pihak lawan.
  3. Sdr Rohaizat LinDan sedang mengumpul aura tenaga dalaman untuk digunapakai semasa game bagi menumpaskan pihak lawan dalam set yg seterusnya
  4. Sdr Wan dengan aksi mengiurkan, pasti awek-awek vateran dan warga emas di luar sana akan tergoda bila melihat aksi ini, confirm......muahahahhaha jangan maraa aaaa.
  5. Ini aksi biasa, 5 minit sebelum perlawanan bermula.hahahahah...masih mencari-cari player-player yg masih belum menampakkan diri. Itu pasal sekali pam bukan main panjang dia punya tarikkkkk. Jangan lupa, next time kasi turun awal aaaaaa.

*aposal malam tadi, gulap gulita tiada bercahaya, siapa nak jawab ?

BADMINTON : laporan INTER LUMAYAN TOURNAMENT 1/2010





TAHNIAH ! ! !
kepada yang berjaya menjadi team JUARA dan team NAIB JUARA.
mungkin hari ini, hari mereka, esok lusa siapa yang tahu.
"Mungkin hari ini hari mereka, dan esok mereka juga, lusa mereka lagi...dan seterusnya mereka, dan mereka-mereka lagi, dan keluarga mereka.arghhhhhhhh ini tidak adil" Hehehehehee gurauuu sahaja.
Walau apa pun ini semua challange untuk kita bersama. Jadi apa yang perlu ialah, jadikan semua ini sebagai motivasi untuk meningkatkan kemampuan masing-masing dari segi skill, mental, psiko, performance, tahap kecerdasan dan sebagainya untuk kejohanan-kejohanan di masa akan datang. Tiada yang lain, penganjur ikhlas untuk sama-sama kita tingkatkan mutu permainan badminton ke satu tahap yang baru dan lebih baik bersama-sama. Alhamdulillah kita dapat lihat sekarang semuanya mampu bersaing hebat dengan sihat semasa di gelanggang. Malahan ada yang menzahirkan secara peribadi, bahawa dia tidak sangka yang badminton sebelum ini tak pernah beliau main, sudah menjadi sukan rutin skrg ini. jadi apa salahnya perkara yang baik ini kita kekalkan sehingga ke anak-cucu. Dan tidak mustahil Pangsapuri Lumayan dapat lahirkan seorang wakil MALAYSIA untuk perseorangan negara dan 2 orang untuk bergu negara suatu hari nanti (peringkat anak-cucu). Jadi kita cuba menfaatkan ilmu yang kita ada sekarang untuk generasi-generasi kita ke seterusnya.InsyaAllah.
keputusan penuh :
JUARA :
  1. Cikgu Nizam
  2. Zahidi
  3. Ari panjang
  4. Mie

NAIB JUARA :

  1. Azhari
  2. Rahman (jemputan Mie)
  3. Shafie
  4. Hussien Lempoyang

Sebelum ADMIN terlupa, penghargaan buat Sdr. Khairi dan Yun kerana turut sama memerah idea dan tenaga untuk bersama-sama membantu menjadikan event pada malam itu berjalan dengan baik. TAHNIAH semuanya sekali. Hurraaahhhhh.

BADMINTON : friendly game LUMAYAN vs Team Keramat AU4


Friendly game antara Team Lumayan VS Team Keramat AU4

pindaan tarikh dari 2 JUN 2010-RABU kepada 3 JUN 2010-KHAMIS
Lokasi : masih sama di court-hall Lumayan Apt.
masa : 930pm waktu malaysia
cagaran : 2 tube shuttlecock RSL GOLD
format : 5 bergu / 21 mata
harap kelima-lima regu ini dapat membawa pulang 2 tube shuttlecock yg bakal di cagarkan itu demi repo dan panji-panji Team Lumayan.
Sesi latih tubi dan latihan bagi game ini akan diadakan pada malam ini 1 JUN 2010, diikuti esok 2 JUN 2010 pada masa dan waktu seperti biasa.
Lingkungan jam 930mlm mcm tu boleh dah mulakan sesi latihan.
Saudara Eddy 061 sudah pun meminta pelepasan rasmi utk latihan malam ini kerana ada urusan seri paduka baginda katanya. Jadi pada yang lain harap komited utk membawa cabaran ini kepada kemenangan yg bergaya.insyaAllah.

Followers