Tuesday, 1 June 2010

BADMINTON : laporan INTER LUMAYAN TOURNAMENT 1/2010





TAHNIAH ! ! !
kepada yang berjaya menjadi team JUARA dan team NAIB JUARA.
mungkin hari ini, hari mereka, esok lusa siapa yang tahu.
"Mungkin hari ini hari mereka, dan esok mereka juga, lusa mereka lagi...dan seterusnya mereka, dan mereka-mereka lagi, dan keluarga mereka.arghhhhhhhh ini tidak adil" Hehehehehee gurauuu sahaja.
Walau apa pun ini semua challange untuk kita bersama. Jadi apa yang perlu ialah, jadikan semua ini sebagai motivasi untuk meningkatkan kemampuan masing-masing dari segi skill, mental, psiko, performance, tahap kecerdasan dan sebagainya untuk kejohanan-kejohanan di masa akan datang. Tiada yang lain, penganjur ikhlas untuk sama-sama kita tingkatkan mutu permainan badminton ke satu tahap yang baru dan lebih baik bersama-sama. Alhamdulillah kita dapat lihat sekarang semuanya mampu bersaing hebat dengan sihat semasa di gelanggang. Malahan ada yang menzahirkan secara peribadi, bahawa dia tidak sangka yang badminton sebelum ini tak pernah beliau main, sudah menjadi sukan rutin skrg ini. jadi apa salahnya perkara yang baik ini kita kekalkan sehingga ke anak-cucu. Dan tidak mustahil Pangsapuri Lumayan dapat lahirkan seorang wakil MALAYSIA untuk perseorangan negara dan 2 orang untuk bergu negara suatu hari nanti (peringkat anak-cucu). Jadi kita cuba menfaatkan ilmu yang kita ada sekarang untuk generasi-generasi kita ke seterusnya.InsyaAllah.
keputusan penuh :
JUARA :
  1. Cikgu Nizam
  2. Zahidi
  3. Ari panjang
  4. Mie

NAIB JUARA :

  1. Azhari
  2. Rahman (jemputan Mie)
  3. Shafie
  4. Hussien Lempoyang

Sebelum ADMIN terlupa, penghargaan buat Sdr. Khairi dan Yun kerana turut sama memerah idea dan tenaga untuk bersama-sama membantu menjadikan event pada malam itu berjalan dengan baik. TAHNIAH semuanya sekali. Hurraaahhhhh.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers