Wednesday, 25 August 2010

Isu Keselamatan : menjelang musim perayaan Aidilfitri 1431H/2010


Musim perayaan dah nak dekat.
sekejap sahaja masa kita berlalu pergi.
sebulan ramadhan rasanya baru semalam kita mulakan, dah sampai minggu yang kedua rupanya.
dalam masa yang sama, masing2 sibuk buat persiapan untuk berhari raya.
tak kira untuk anak-anak, suami-isteri mahu pun keluarga, masing-masing ada alasannya.
namun begitu, di dalam kejiranan pangsapuri seperti di Lumayan Apt. ini, purata 50% dan ke atas, peratusan kejiranan akan lengang bila tiba musim hari raya.
semua meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

soal keselamatan ?
pedulikah kita tentang isu dan soal keselamatan harta peribadi juga harta bersama di Pangsapuri Lumayan ini ?

adakah ALARM yang kita pasang di rumah dapat berfungsi sepenuhnya ketika kita meninggalkan rumah dalam tempoh yang agak lama ?
adakah sistem kunci yang dipasang di pintu-pintu rumah dapat menahan dari cubaan menceroboh para penjenayah ?
adakah jiran-jiran yang berhampiran kita yang tidak pulang ke kampung dapat membantu mengawasi rumah kita ketika waktu-waktu tersebut ?
semuanya ini bermain di fikiran masing-masing.

CCTV.

Ya, memang kita perlukan CCTV.
selain ianya merupakan data evidence, ianya juga merupakan medium gadjet yang boleh, sekurang-kurangnya membuatkan para penjenayah mahupun bakal-bakal penjenayah berfikir/terfikir dua kali untuk menceroboh masuk ke kawasan berkenaan.
CCTV di Pangsapuri Lumayan, rasanya infra masih dapat dilihat baik sepenuhnya.
Namun, sejauh mana keberkesanannya kita harapkan sepatutnya ia dapat memberi kesan yang baik di atas kemudahan yang tersedia itu.
Kunci / LOCK / kunci pendua ?
Ya, juga perlu.
kepelbagaian kunci pendua yang digunakan juga memberikan kesan.
Selain ianya isyarat bahawa si pengunci begitu perihatin terhadap keselamatan harta bendanya.
Ia juga antara lain dpt melengahkan masa penceroboh/ bakal penceroboh untuk berjaya masuk ke dalam sesuatu tempat yang hendak di pecah masuk.
walau apa pun semua ini adalah sedikit tawakal dan usaha kita.
selebihnya kita berserah ke atas Allah S.W.T untuk menentukannya.
selamat menjalani ibadah puasa ramadhan dan selamat berhari raya aidilfitri 1431H.
hati-hati di dalam perjalanan, selamat pergi dan selamat juga kembali ke Pangsapuri Lumayan.
InsyaAllah.
* semoga pihak syarikat kawalan keselamatan yang dilantik dapat menjalankan tugasan serta tanggungjawab yang digajikan itu. Kos bersama yang penduduk keluarkan bukan boleh sewenang-wenangnya diambil mudah oleh pengurusan dan pihak-pihak berkenaan. Selamat menjalankan tugas.


Tuesday, 24 August 2010

who wants to be Lumayan PHOTOGRAPHIAN




sekadar berkongsi maklumat
apakah gadjet shoot-snaper yg menjadi idaman kalbu.
adakah NIKON D300s, D5000,D60 mahu pun D90.
tapi mana LUMIX GF1, mana CANON 1000D,50D,7D,5D dan siri-siri seangkatan yang lain.
ini tidak adil.
die-hard NIKON sudah mula meracun newbie-newbie untuk meramaikan NIKONians.
apa pun, masing-masing ada sebab dan citarasa tentang model pilihan.
samada SLR, DSLR, compact SLR mahupun naked compact camera.
Compact camera pun, kalau kena caranya, hasil gambarnya perlu di tabik.
selamat berfotografi sebagai hobi atau kerjaya.
lokasinya bertempat di BERJAYA TIMES SQUARE
pada tanggal
16 AUG 2010 hingga 15 SEPT 2010

credit : tuan Pie 5.20 as Lumayan NIKONians committee wanna be.......


WAREHOUSE SALE plaza LOW YAT 2010

Assalamualaikum dan salam hormat buat semua.

Hari ni genab sudah 15 ramadhan 1431h.
tup tap tup tap dah 2 minggu kita menjalani ibadah puasa ramadhan untuk 2010.
Jadi, untuk raya datang lagi promo kali ni, boleh ke Low Yatt Plaza untuk SALE sempena raya 2010.
Sehingga 70%, namun begitu hati-hati dengan percaturan jualan murah peniaga-peniaga yg tidak bertanggungjawab.
Dalam ramadhan, selain menahan lapar dan dahaga, nafsu berbelanja pun kena di ingat dan dikawal juga.
Jadi selamat bershopping sakan jika ada perkara-perkara berkaitan yang dicari selama ini pada SALE ini.

credit : Shafie a520

Monday, 16 August 2010

peta hidup

peta hidup

-----------

apa yg kita isi sepanjang menyusuri laluan peta kehidupan kita sendiri ?
antara rohani dan jasmani serta diri.
sesatkah kita semasa menyusuri peta hidup kita sendiri ?
adakah kita yakin dengan perjalanan di dlm peta hidup kita sendiri ?
fikirkan sejenak.

sekadar berkongsi

Monday, 9 August 2010

Ramadhan 1431 Hijrah


Assalamualaikum WBTH dan salam bahagia buat semua
insyaAllah petang ini tanggal 29 Sya'aban, semua umat Islam di Malaysia akan mendapat keputusan bila bermulanya puasa ramadhan. Dan InsyaAllah jika semunya berjalan dengan lancar dan diizinkan Tuhan, esok kita semua bakal memulakan ibadah puasa ramadhan bagi tahun 1431 Hijrah.
Justeru itu, kepada semua warga Pangsapuri Lumayan, selamat menjalani ibadah puasa ramadhan dengan penuh kusyuk dan tawadduk
insyaAllah.
29 sya'aban 1431 Hijrah

Thursday, 5 August 2010

betul-betul makan buah ....

7 dan 8 OGOS 2010
seperti tahun2 sebelum ni.
sambutan amat baik dan buah-buah juga dalam keadaan yg memuaskan utk di makan bersama-sama keluarga.
Jadi sebelum ramadhan yang akan tiba ni, boleh lah membawa keluarga ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya.

Salam Ramadhan buat semua warga Pangsapuri Lumayan.
semoga Ramadhan 2010 akan lebih baik berbanding Ramadhan sebelum ini, insyaAllah.

Followers