Wednesday, 25 August 2010

Isu Keselamatan : menjelang musim perayaan Aidilfitri 1431H/2010


Musim perayaan dah nak dekat.
sekejap sahaja masa kita berlalu pergi.
sebulan ramadhan rasanya baru semalam kita mulakan, dah sampai minggu yang kedua rupanya.
dalam masa yang sama, masing2 sibuk buat persiapan untuk berhari raya.
tak kira untuk anak-anak, suami-isteri mahu pun keluarga, masing-masing ada alasannya.
namun begitu, di dalam kejiranan pangsapuri seperti di Lumayan Apt. ini, purata 50% dan ke atas, peratusan kejiranan akan lengang bila tiba musim hari raya.
semua meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

soal keselamatan ?
pedulikah kita tentang isu dan soal keselamatan harta peribadi juga harta bersama di Pangsapuri Lumayan ini ?

adakah ALARM yang kita pasang di rumah dapat berfungsi sepenuhnya ketika kita meninggalkan rumah dalam tempoh yang agak lama ?
adakah sistem kunci yang dipasang di pintu-pintu rumah dapat menahan dari cubaan menceroboh para penjenayah ?
adakah jiran-jiran yang berhampiran kita yang tidak pulang ke kampung dapat membantu mengawasi rumah kita ketika waktu-waktu tersebut ?
semuanya ini bermain di fikiran masing-masing.

CCTV.

Ya, memang kita perlukan CCTV.
selain ianya merupakan data evidence, ianya juga merupakan medium gadjet yang boleh, sekurang-kurangnya membuatkan para penjenayah mahupun bakal-bakal penjenayah berfikir/terfikir dua kali untuk menceroboh masuk ke kawasan berkenaan.
CCTV di Pangsapuri Lumayan, rasanya infra masih dapat dilihat baik sepenuhnya.
Namun, sejauh mana keberkesanannya kita harapkan sepatutnya ia dapat memberi kesan yang baik di atas kemudahan yang tersedia itu.
Kunci / LOCK / kunci pendua ?
Ya, juga perlu.
kepelbagaian kunci pendua yang digunakan juga memberikan kesan.
Selain ianya isyarat bahawa si pengunci begitu perihatin terhadap keselamatan harta bendanya.
Ia juga antara lain dpt melengahkan masa penceroboh/ bakal penceroboh untuk berjaya masuk ke dalam sesuatu tempat yang hendak di pecah masuk.
walau apa pun semua ini adalah sedikit tawakal dan usaha kita.
selebihnya kita berserah ke atas Allah S.W.T untuk menentukannya.
selamat menjalani ibadah puasa ramadhan dan selamat berhari raya aidilfitri 1431H.
hati-hati di dalam perjalanan, selamat pergi dan selamat juga kembali ke Pangsapuri Lumayan.
InsyaAllah.
* semoga pihak syarikat kawalan keselamatan yang dilantik dapat menjalankan tugasan serta tanggungjawab yang digajikan itu. Kos bersama yang penduduk keluarkan bukan boleh sewenang-wenangnya diambil mudah oleh pengurusan dan pihak-pihak berkenaan. Selamat menjalankan tugas.


Followers