Monday, 22 November 2010

Naik taraf court badminton 4





PROSES 4 : taraaaaaa......HASIL nya. tengok...kagum dengan hasil kerja tangan jiran tetangga kita di Lumayan Apt.
sekilas pandang macam kemasan lantai sukan berjenama international Gerflor.
Alhamdulillah.
Akhirnya, ni lah hasilnya.
Cuma, proses semasa membuat under-coat tidak dapat di rakam pada pagi sabtu 13 NOV 2010 kerana masing-masing teruja untuk terus mulakan kerja-kerja 'under-coating'.
Sampai terlupa nak rakam detik-detik tersebut.
Disebabkan tghari tersebut ramai yang bangun lewat, mungkin keletihan sebab proses membasuh pada lewat malamnya.
Apa-pun beberapa jiran tetangga kita yang ada pada waktu tghari tu, kita start buat terus mana yg termampu.
Selesai sahaja under-coating, masing gelisah kelaparan dan dahaga.
Waktu tu pun agak lewat sekitar jam 3.00 ptg.
Justeru itu mana yang ada terus gerak ke lokasi menjamu selera sekitar Jln Kg Attap.
Burpppppp........alhamdulillah kenyang semuanya.
Cuma menu ayam goreng berempah bermadu, dah SOLD-OUT.
Lain kali kita ripit lagi.
SELESAI projek naik taraf court badminton kita di tahun 2010.
Hurrahhhhh !!!!!!
TQVM guys.

Naik taraf court badminton 3





PROSES 3 : makan sesudah penat berlawan dan selesai proses basuhan serta bilasan lantai
Menu bihun goreng terangkat dan sambal ikan bilis power.
WOW.....
memang tengah lapar dan dahaga, umpama sudah ngantuk di sorong bantal.
Siap sahaja kerja-kerja pembersihan lewat malam tu, semua yang datang dijemput makan-makan sambil merehatkan diri.
Dewan dan gelanggan di tutup rapat kerana esok kita perlukan ianya benar-benar kering sebelum kita teruskan dengan proses ' Under-Coat '.
Kita boleh berfikir sejenak jika kerja-kerja begini di out-source kan kpd kontraktor-kontraktor luar, banyak belanja yg diperlukan.
Tapi jika kita dapat gotong-royong begini, selain letih bekerja sama-sama, kita seronok masing-masing ambik peluang ringan tulang.
Yang tak berkesempatan, ada urusan keluarga dan sebagainya, tidak mengapa.
Di lain hari ada umur panjang kita gotong-royong lagi.






Naik taraf court badminton 2









PROSES 2 : basuh + sental + bilas
Selepas sahaja selesai menggosok permukaan court yg lama, terus kita basuh untuk jimatkan masa untuk kering pada esok hari.
Semua kerak-kerak dan daki-daki yang melekat pada lantai kita bersihkan supaya permukaan menjadi suci dan bersih.
pada masa ni juga hidangan dan menu makanan telah sampai di ruang pool-site dewan.
Tak sabar nak pekena bihun goreng bersama sambal ikan bilis dari family Hamri DBKL yg 'power-terangkat'.
Sesudah selesai semua, ahlil-ahlil jemaah berehat di luar.
Apa pun kita berterima kasih kpd Nizam hotel atas usaha beliau mendapatkan bantuan machine water-jet system dari Cristal Clear S/B yg begitu hebat dan memudahkan lagi proses membersih pada lewat malam tersebut.
Semoga usaha bekerjasama kita seperti itu dapat kita teruskan sampai bila-bila pun selagi hayat dikandung badan, insyaAllah.
moral yg kita dapat ialah, kos dapat dikurangkan disamping dapat bergotong royong.
bukan senang nak bergotong-royong sekarang, banyak cabarannya.
Sekali lagi terima kasih semua.

Naik taraf court badminton









12 NOV 2010 / JUMAAT jam <>1.00AM
PROSES 1 : kikis-kikis,gosok-gosok,tampal-tampal,kopek-kopek,carik-carik, tonyoh-tonyoh
Selepas selesai sahaja pertemuan friendly game dengan team Gombak KL, kita tak lengahkan masa.
Ramai-ramai gotong-royong meratah,menggilap,menanggalkan cat lama, basuh serta bilas dan sebagainya.
Bermulalah operasi menaik taraf court yg sekian lama kita rancang untuk kita implimentasikan.
Syukur alhamdulillah, semua berjalan dengan baik sekali, dari proses mengumpul dana, pembelian kelengkapan serta keperluan sehinggalah proses kemasan akhir ( finishing dan touch-up) sebelum court kita tutup untuk kegunaan sebarang event dalam masa lebih kurang seminggu.
Kebetulan pada masa tersebut ialah musim perayaan hari raya korban 2010.
Jadi ramai dikalangan pemain2 tegar Lumayan pulang bercuti raya ke kampung dan sanak- saudara masing2.
credit to:
The Lumayan Badminton Team
rakan2 jiran2 tetangga
JMB Pangsapuri Lumayan
Cristal Clear - Water-Jet machine
di atas kerjasama yang diberikan semasa pengumpulan dana dan peralatan untuk menjalankan kerja-kerja tersebut sehingga selesai.


* untuk makluman semua pelawat blog serta penduduk Lumayan Apt. khususnya, kerja-kerja gotong royong ini diadakan adalah atas dasar perihatin dan sukarela tanpa ada apa-apa profit-interest activities.
Segala kos perbelanjaan adalah sumbangan dari kalangan penduduk dan tidak dilupa JMB Pangsapuri Lumayan ada menyalurkan sedikit sumbangan dalam menampung kos-kos peralatan dan juga cat 'heavy duty' pada kali ini.Semoga aktiviti gotong-royong sebegini dapat diteruskan bagi merapatkan perhubungan kejiranan di Lumayan Apt disamping sama-samalah kita menjaga kemudahan yg ada di kejiranan kita sebainya.insyaAllah.

Terima Kasih kepada semua yg terlibat dan menjayakan.

Wednesday, 3 November 2010

Salam Aidiladha 1431H / 2010 masehi



Assalamualaikum dan salam hormat buat semua warga Lumayan Apt.
Mudah-mudahan kedatangan aidiladha kali ini membawa 1001 keberkatan buat kita semua seisi keluarga, insyaAllah.
Suatu hari nanti pasti kita akan dapat menunaikan ibadah umrah ziarah dan fardhu haji, sama-sama kita berdoa.
tahun 1431 hijrah aidiladha jatuh pada tanggal 11 zulhijjah bersamaan 17 NOV 2010 iaitu pada hari rabu.
pada yang memandu, hati-hati di dalam pemanduan.
Pastikan rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan yang jauh untuk memandu.

sekian, wassalam.

cherio, over....

Out-door trip SANTAI Lumayan Apt. 2010


gambar hiasan : Lubuk Manggis
Aslkm dan salam hormat.
seperti tahun-tahun sebelum ini, pada tahun 2009 kita berjaya mengadakan Out-Door Trip Lumayan kali pertama dengan jayanya di Lubuk Manggis Hulu Langat Selangor.
Lebih kurang 30 pax dewasa menyertai aktiviti riadah luar bersama keluarga ini turut sama anak masing-masing lebih kurang 20 orang juga bilangannya.
Menu nasi lemak, mee goreng, bee hoon goreng, kuih muih dan pelbagai menu yg sedap-sedap disediakan secara gotong royong pada masa tersebut.
Tidak ketinggalan ayam BBQ turut disajikan juga pada waktu makan tengahari.

Beberapa lokasi telah di tetapkan sebagai pilihan untuk destinasi tahun ini.
Antaranya :

1)sungai gabai, sungai tekala Sri Bayu
2)Dusun ECO-RESORT pahang
3)AGRO-PARK Hulu Langat
4)venue 2009 Lubuk Manggis

beberapa aspek kriteria-kriteria telah dipastikan dapat kita tetapkan sebagai penanda aras untuk menetapkan pilihan lokasi tersebut.
semoga program ini berjaya kita adakan pada tahun 2010 ini insyaAllah.
Azhari, Yun, Shafie, Din Kedah dan PokNik telah membuat sesi recce pertama yakni utk Sri Bayu sg tekala dan Agro-Park Hulu Langat pada weekend lepas.
Cuma pilihan belum di buat.

cherio, over.

selamat menyambut perayaan Deepavali 2010



salam sejahtera.
buat warga Lumayan yang berugama hindu, selamat menyambut perayaan Deepavali pada 5NOV2010 jumaat ini.
ceria-ceria selalu dan jalinkan hubungan kejiranan yang baik sesama kita di Lumayan Apt.
Buat warga Lumayan yang lain, gunakanlah peluang cuti perayaan ini dengan masa berkualiti bersama keluarga masing-masing yang dicintai.

Happy Deepavali.

TQ

SENARAI TERKINI WARGA KOMUNIKASI RADIO 2-HALA PRIHATIN LUMAYAN



SENARAI TERKINI WARGA KOMUNIKASI RADIO 2-HALA PRIHATIN LUMAYAN
==============================================================

Batalion Alpha
--------------
1.Azhari - 6.19
2.TokMoh - 5.7
3.Shafie - 5.20
4.Zaki - 10.3
5.Yon - 4.1
6.Din Kedah - 9.6
7.Azizan - 4.15
8.Rizal EPF - 4.2
9.Sukri - 4.14
10.Zahidi EPF - 6.1

Batalion Bravo
--------------

1.Hamri DBKL - 8.16
2.Yazid - 14.10
3.Nizam Hotel - 5.10
4.Pok Nik - 13.14
5.Cikgu Nizam - 6.19 (insyaAllah bakal menyusul)
6.Khairi EPF - 11.14

Guard House - POS PENGAWAL

semoga dengan bertambahnya warga-warga prihatin di kejiranan kita, dapat sama-sama kita berganding bahu membantu sesama kita di kala masing-masing memerlukan antara satu sama lain.
mudah-mudahan.

sekian

73

Tuesday, 2 November 2010

BADMINTON:Friendly game LUMAYAN TEAM vs GOMBAK TEAM

*Herman sedang membuat pukulan supersonic tahap gaban mengamuk semasa beraksi dlm kejohanan domestik Lumayan Apt baru-baru ini.

Aslkm, salam hormat buat semua.
entry pun dah lama tidak dapat di-update sebaik mungkin atas faktor kesibukan rutin harian.
namun insyaAllah, akan diusahakan untuk memasukkan bahan-bahan yang berkaitan serta dikemaskini sedikit masa lagi.

tambahan makluman untuk friendly game badminton bersama pasukan dari daerah Gombak.
Butiran adalah seperti di bawah :

TARIKH : 12 nov 2010
HARI : JUMAAT
MASA : 830MLM HINGGA SELESAI ACARA
LOKASI EVENT : COURT BADMINTON PANGSAPURI LUMAYAN
BIL. REGU : 5 by 5 doubles / format 21 point BWF standard
CAGARAN : 2 TUBE SHUTTLECOCK TAHAP TOURNAMENT PROTECH GOLD

justeru itu, setiap nama yang bakal dimasukkan ke dalam pasukan bagi mewakili Lumayan adalah disarankan agar membuat sesi latihan tubi bersama regu masing-masing untuk mengekalkan keseimbangan dan kesefahaman di dalam gelanggang sewaktu acara berlangsung.

semoga kalian sukses-sukses senantiasa bersama keluarga

Followers