Monday, 22 November 2010

Naik taraf court badminton









12 NOV 2010 / JUMAAT jam <>1.00AM
PROSES 1 : kikis-kikis,gosok-gosok,tampal-tampal,kopek-kopek,carik-carik, tonyoh-tonyoh
Selepas selesai sahaja pertemuan friendly game dengan team Gombak KL, kita tak lengahkan masa.
Ramai-ramai gotong-royong meratah,menggilap,menanggalkan cat lama, basuh serta bilas dan sebagainya.
Bermulalah operasi menaik taraf court yg sekian lama kita rancang untuk kita implimentasikan.
Syukur alhamdulillah, semua berjalan dengan baik sekali, dari proses mengumpul dana, pembelian kelengkapan serta keperluan sehinggalah proses kemasan akhir ( finishing dan touch-up) sebelum court kita tutup untuk kegunaan sebarang event dalam masa lebih kurang seminggu.
Kebetulan pada masa tersebut ialah musim perayaan hari raya korban 2010.
Jadi ramai dikalangan pemain2 tegar Lumayan pulang bercuti raya ke kampung dan sanak- saudara masing2.
credit to:
The Lumayan Badminton Team
rakan2 jiran2 tetangga
JMB Pangsapuri Lumayan
Cristal Clear - Water-Jet machine
di atas kerjasama yang diberikan semasa pengumpulan dana dan peralatan untuk menjalankan kerja-kerja tersebut sehingga selesai.


* untuk makluman semua pelawat blog serta penduduk Lumayan Apt. khususnya, kerja-kerja gotong royong ini diadakan adalah atas dasar perihatin dan sukarela tanpa ada apa-apa profit-interest activities.
Segala kos perbelanjaan adalah sumbangan dari kalangan penduduk dan tidak dilupa JMB Pangsapuri Lumayan ada menyalurkan sedikit sumbangan dalam menampung kos-kos peralatan dan juga cat 'heavy duty' pada kali ini.Semoga aktiviti gotong-royong sebegini dapat diteruskan bagi merapatkan perhubungan kejiranan di Lumayan Apt disamping sama-samalah kita menjaga kemudahan yg ada di kejiranan kita sebainya.insyaAllah.

Terima Kasih kepada semua yg terlibat dan menjayakan.

Followers