Monday, 22 November 2010

Naik taraf court badminton 2









PROSES 2 : basuh + sental + bilas
Selepas sahaja selesai menggosok permukaan court yg lama, terus kita basuh untuk jimatkan masa untuk kering pada esok hari.
Semua kerak-kerak dan daki-daki yang melekat pada lantai kita bersihkan supaya permukaan menjadi suci dan bersih.
pada masa ni juga hidangan dan menu makanan telah sampai di ruang pool-site dewan.
Tak sabar nak pekena bihun goreng bersama sambal ikan bilis dari family Hamri DBKL yg 'power-terangkat'.
Sesudah selesai semua, ahlil-ahlil jemaah berehat di luar.
Apa pun kita berterima kasih kpd Nizam hotel atas usaha beliau mendapatkan bantuan machine water-jet system dari Cristal Clear S/B yg begitu hebat dan memudahkan lagi proses membersih pada lewat malam tersebut.
Semoga usaha bekerjasama kita seperti itu dapat kita teruskan sampai bila-bila pun selagi hayat dikandung badan, insyaAllah.
moral yg kita dapat ialah, kos dapat dikurangkan disamping dapat bergotong royong.
bukan senang nak bergotong-royong sekarang, banyak cabarannya.
Sekali lagi terima kasih semua.

Followers