Menu bihun goreng terangkat dan sambal ikan bilis power.
WOW.....
memang tengah lapar dan dahaga, umpama sudah ngantuk di sorong bantal.
Siap sahaja kerja-kerja pembersihan lewat malam tu, semua yang datang dijemput makan-makan sambil merehatkan diri.
Dewan dan gelanggan di tutup rapat kerana esok kita perlukan ianya benar-benar kering sebelum kita teruskan dengan proses ' Under-Coat '.
Kita boleh berfikir sejenak jika kerja-kerja begini di out-source kan kpd kontraktor-kontraktor luar, banyak belanja yg diperlukan.
Tapi jika kita dapat gotong-royong begini, selain letih bekerja sama-sama, kita seronok masing-masing ambik peluang ringan tulang.
Yang tak berkesempatan, ada urusan keluarga dan sebagainya, tidak mengapa.
Di lain hari ada umur panjang kita gotong-royong lagi.