Monday, 13 December 2010

BADMINTON: 12NOV2010 Lumayan Team VS Sri Gombak





Salam riadah buat semua sekali lagi.
Pada tarikh yang disebut di atas, kita telah menerima kunjungan pasukan badminton dari Sri Gombak. Mempertaruhkan 5 regu setiap pasukan, semuanya bertanding pada malam tersebut dengan bersemangat.
Keputusan didapati tidak memihak kepada mana-mana pasukan.
Masing-masing membawa keputusan seri untuk dibawa pulang.
Namun kalah menang bukan menjadi ukuran, yang paling penting jalinan persahabatan melalui aktiviti sukan dapat kita laksanakan bersama.
Dibantu oleh Firdaus (Boy) selaku liason kepada pasukan Sri Gombak, dapat juga pertandingan dijalankan dengan lancar.
Sejurus selepas selesai pertandingan, majlis belum bersurai lagi kerana ada misi yg lebih utama harus dilaksanakan.
Iaitu, aturcara mencuci court untuk aktiviti cat pada keesokka harinya.
Jadi pada lewat alam tersebut segala aturcara selesai agak lewat berlanjutan sehingga jam 3 pagi. Namun kerjasama antara yang hadir menjadikan ianya berjala dengan baik.
Terima kasih kepada yg terlibat.
Mungkin yang tidak dapat hadir pada malam tersebut kerana ada urusan lain, boleh untuk sama-sama bergotong-royong pada masa-masa mendatang.InsyaAllah.

" apa yg penting.....kerjasamaaaa... - WONDERPETS "

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers