Monday, 13 December 2010

laskar pelangi sudut pandangan dari pangsapuri Lumayan





Gambar sempat dirakam oleh jurufoto Shahril dari blok A.
Kebetulan berada di rumah dan dalam masa yang sama dapat merakamkan senario kejadian pelangi berhampiran lokasi perumahan kita.
Kedudukannya berlatarkan Taman Tasik Permaisuri secara keseluruhan, dan jelas liputannya merangkumi kawasan tasik itu sendiri.
Agak menarik, jika diperhatikan betul-betul.
Pada masa tersebut juga, hujan turun sejurus selepas angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan agak laju tiupannya kemudian.

SubhanAllah, inilah hakikat cantiknya anugerah kejadian Tuhan.

*
Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Followers